Friday, June 13, 2014

Flash Bootloader / Radio Untuk Android (Nexus 4)


Anda mempunyai peranti Nexus 4? Tak boleh update ke Android versi 4.4.3 Over-the-air (OTA)?
Nak bertukar ke ROM lain yang berasaskan Android versi 4.4.3 wajiblah update bootloader dan juga radio peranti anda dahulu sekiranya anda masih menggunakan versi 4.4.3 KEBAWAH sahaja. Kalau dah update guna versi terkini iaitu 4.4.3, buat apa nak flash lagi bootloader dan radio ke versi yang sama. Ye dak?


Apa yang anda perlukan:

  1. Internet
  2. Android SDK
  3. Factory Images for Nexus
  4. Otak
  5. Otak
  6. Otak
Apa yang anda perlukan, sedikit bukan?

Selesai download Factory Images, anda boleh keluarkan segala kandungan failnya hingga jumpa dua fail dibawah:
bootloader-mako-makoz30d.img
radio-mako-m9615a-cefwmazm-2.0.1701.02.img

Buka Command Prompt dan tukar ke direktori AndroidSDK\adt\sdk\platform-tools dan taipkan arahan:
adb reboot-bootloader
fastboot devices
fastboot flash bootloader bootloader-mako-makoz30d.img
fastboot reboot-bootloader
fastboot flash radio radio-mako-m9615a-cefwmazm-2.0.1701.02.img
fastboot reboot-bootloader

Pastikan pada arahan kedua iaitu "fastboot devices" anda menerima output peranti anda.

Sekian.

No comments:

Post a Comment