Tuesday, November 20, 2012

[HACKINTOSH] Installing Lion 10.7 on Compaq Presario CQ42 Fully QE/CI [PART 1]


[UPDATE]
Link untuk ke bahagian 2 - Installing Lion 10.7 on Compaq Presario CQ42 Fully QE/CI [PART 2]

Disi saya tak nak bercerita dari mula hingga ke akhir, oleh kerana entri ini di label sebagai notes. Jadi entri ini juga adalah khas untuk peringatan kepada saya. Cara-cara saya memasang Mac OSX Lion 10.7 di laptop Compaq Presario CQ42-177TX (HACKINTOSH).

Keperluan yang perlu ada:
  • DVD Retail Mac OSX Lion, boleh dibeli di laman web Apple. [UPDATE] Oleh kerana Mountain Lion sudah keluar, maka Apple tidak lagi mengeluarkan DVD OSX Lion malah ia diganti dengan OSX Mountain Lion. Jikalau anda inginkan Lion. Anda boleh dapati di Amazon ataupun Ebay.
  • Sebuah Macintosh tak kira la sama ada Mac, iMac, Macbook atau lain-lain. Boleh pinjam kawan kalau takde. (Untuk mengubahsuai kandungan DVD Retail tadi)
  • Bootloader Chameleon, boleh didapati di internet secara percuma. Sila gunakan enjin carian Google. (Untuk bootloader OSX)
  • Beberapa kexts(driver) dan patch yang perlu dimasukkan kedalam DVD tadi untuk membolehkan laptop kita berfungsi dengan baik. Senarai Kext  dan patch seperti dibawah:
Patch:
  1. System/Installation/Packages/OSInstall.mpkg (patched: MBR, Platform check, 2 GB RAM check)
  2. System/Library/PrivateFrameworks/Install.framework/Frameworks/OSInstall.framework/Versions/A/OSInstall (patched: MBR by nawcom)
  3. System/Library/Caches/com.apple.kext.caches/Startup/Extensions.mkext (untuk cache kext supaya boot lebih pantas)
  4. usr/standalone/i386/cdboot (Chameleon Latest Version)
  5. Extra
  6. Extra/Preboot.dmg
Kandungan Preboot.dmg:
  1. Extra/Extensions.mkext
  2. Extra/org.chameleon.Boot.plist
Kandungan Extensions.mkext:
  1. FakeSMC.kext
  2. AppleACPIPS2Nub.kext
  3. VoodooPS2Controller.kext
  4. VoodooPS2Keyboard.kext
  5. VoodooPS2Mouse.kext
  6. VoodooPS2Trackpad.kext
  7. NullCPUPowerManagement.kext
Anda bole kesini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kext.
Ataupun google untuk download kext.

Selesai patch semua, burn DMG Lion ke DVD. Dan boot di laptop.
Untuk patch di atas saya gunakan untuk Laptop umum. Maksudnya untuk semua jenis laptop boleh menggunakan DVD tersebut. Jadi saya perlukan beberapa bootflag khas di bootloader untuk saya dapat masuk ke bahagian installer OSX Lion.

Bootflag yang saya gunakan:
  1. -v (verbose).
  2. cpus=1 (Untuk laptop yang menggunakan BIOS insyde, terutama HP dan Compaq).
  3. busratio=17 (Boleh semak di laman web intel untuk value busratio anda. Saya punya).
  4. GraphicsEnabler=No (Kerana GPU saya tidak disokong lagi oleh OSX).
Kerana menggunakan cpus=1 dan juga busratio yang di had kan. Kadar boot dan installation mengambil masa yang sangat lama. Jadi harap sabar menunggu. Boleh layan lagu hujan dulu. Oleh kerana saya inginkan GPT dan bootloader pada partition pertama HDD saya. Maka saya format segala yang ada pada HDD dan buat 2 partition sebelum proses install berlaku. Anda boleh pergi pada Utilities dan Disk Utility untuk menguruskan HDD. Saya cadangkan supaya anda menggunakan HDD lain dulu. Supaya perkara yang tidak di inginkan berlaku seperti kehilangan data.



Selesai install, boot lagi menggunakan DVD dan juga bootflag seperti sebelum ni. Kemudian pilih partition OSX yang kita install tadi. Ini kerana DVD tersebut terdapat bootloader untuk OSX.
Jika tiada masalah yang berlaku. Anda akan ke antara muka untuk setup Lokasi, User dan sebagainya.
Saya sangkut pada "Before you begin..." kerana keyboard saya tidak dapat dikesan dan meminta saya untuk menyambungkan wireless keyboard dan juga mouse.

Jalan penyelesaiannya ialah, anda dikehendaki menyambungkan USB atau PS/2 keyboard dan mouse untuk ke langkah seterusnya. Jika anda telah menyambungkan keyboard dan juga mouse tetapi masih sangkut di situ, tidak mengapa. Anda shutdown(halt) dengan menekan butang power dengan lama kemudian boot semula dengan menambah boot flag "-s" tanpa quote "".
Bootflag "-s" ialah single user mode. Anda boleh masuk ke dalam HDD tanpa GUI. Iaitu menggunakan Console.
Setelah selesai boot dan sampai dibahagian console:
  1. mount -uw / (Kalau tak mount macam mana nak ubah files?)
  2. cd System/Library/CoreServices/Setup\ Assistant.app/Contents/ (Pergi ke folder Contents)
  3. nano Info.plist
  4. Scroll kebawah hingga jumpa "<string>DeviceSection</string>" dan "<string>KeyboardTypeSection</string>" Kemudian delete 2 string tersebut.
  5. Tekan CTRL+O dan Enter untuk save.
  6. CTRL+Z untuk keluar.
  7. Reboot.



Selepas reboot, jangan pula gunakan bootflag "-s". Guna bootflag seperti biasa, dan anda boleh terus setup username dan password untuk OSX anda.
Seterusnya masuk ke OSX.


Anda telah selesai bahagian 1 dimana menyelesaikan installation OSX tanpa GPU iaitu Graphic, CPU dan busratio berfungsi dengan baik. Bahagian seterusnya saya akan tunjukkan cara untuk install bootloader Chameleon, patch cpus=1 supaya boleh menggunakan kesemua Core dan Thread yang terdapat pada CPU, dan proses enable kan graphic dengan sokongan QE/CI untuk GPU ATI Mobility Radeon HD5430. Tapi pada entri akan datang....



Kepada yang mempunyai soalan atau masalah boleh tinggalkan pesanan dibawah. InsyaAllah saya akan bantu selagi yang saya tahu.
Kepada yang berminat untuk mengetahu lebih lanjut tentang hackintosh, anda digalakkan untuk ke forum dan website dibawah:
Bagi pengguna Facebook, anda boleh sertai group yang disediakan khas untuk warga Malaysia di https://www.facebook.com/groups/HackintoshMalaysia/


Sekian...

6 comments:

  1. hi

    where do you download kexts and driver for your Compaq CQ42 ?

    thanks

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. salam satu malaysia , model cq42 yang awak nyatakan dia atas adalah platform intel , jika ia nya di boot pada model amd , adakah ia nya berfungsi seperti mana yang de ceritakan di atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, untuk amd arch anda perlu mengubal lapic kernel dahulu, baru boleh boot.

      Delete