Thursday, November 22, 2012

[HACKINTOSH] Installing Lion 10.7 on Compaq Presario CQ42 Fully QE/CI [PART 2]


*Entri ini adalah sambungan daripada bahagian 1.
Link untuk ke bahagian 1 - Installing Lion 10.7 on Compaq Presario CQ42 Fully QE/CI [PART 1]

Setelah siap proses installation, anda dapati graphic sangat teruk dan sais resolusi screen juga besar. Tiada pilihan display untuk diubah kepada resolusi tertentu. Itu semua kita akan betulkan sebentar lagi.
Sesudah berjaya masuk ke desktop, perkara pertama yang perlu buat ialah install Chameleon bootloader  dengan menggunakan Chameleon Wizard pada HDD. Supaya kita tidak memerlukan DVD untuk boot ke hackintosh kita.



  1. Download Chameleon Wizard di www.osx86.net.
  2. Di bahagian Install. Terdapat 4 pilihan iaitu "Folder on disk", "Buildbot", "Dropbox" dan "Built-In". Anda dikehendaki untuk memilih salah satu kaedah untuk install.
  3. Saya memilih untuk install menggunakan "Folder on disk". Sudah tentu anda perlu download Chameleon Bootloader terlebih dahulu untuk mendapat folder tersebut. Sila download di chameleon.osx86.hu
  4. Click pada Select dan pilih folder i386. Thick Boot0hfs, Target partition: sila pilih HDD yang anda install OSX kemudian tekan Install.
  5. Secara lalai folder i386 tedapat di "/Volumes/Chameleon/usr/standalone/i386"

Selesai install bootloader, pergi ke tab org.chameleon.Boot. Di tab ini terdapat beberapa config yang kita boleh pilih berdasarkan laptop kita. Kemudian anda boleh Save ataupun Save As. Pastikan lokasi fail "org.chameleon.Boot.plist" di /Extra/org.chameleon.Boot.plist. Kalau tiada folder Extra, anda boleh buat folder baru dan namakan folder itu sebagai "Extra". Kegunaan Chameleon Wizard ini ialah untuk auto generated(menjana) fail org.chameleon.Boot.plist. Jadi anda tidak perlu memasukan bootflag atau option lain secara manual dengan meng-edit fail menggunakan textedit.


Seterusnya anda pergi ke tab SMBios. Fungsinya sama seperti org.chameleon.Boot tadi iaitu untuk menjana (auto generated) fail smbios.plist. Click Edit dan dibahagian "Premade SMBioses" anda boleh pilih smbios yang bersesuaian dengan laptop anda. Contohnya saya menggunakan MacBook Pro (6,1) Core i5/i7. Pilih berdasarkan ke-serasian spesifikasi dengan laptop anda. Kemudian pilih Save atau Save As dan pastikan lokasi fail "smbios.plist" di /Extra/smbios.plist.


Selesai SMBios anda boleh restart laptop dan cuba boot tanpa menggunakan DVD. Untuk memastikan bootloader dipasang dengan betul.
Seterusnya kext ataupun driver untuk keyboard, trackpad, wifi dan lain-lain di hackintosh.
Beberapa kext yang wajib dipasang pada hackintosh ialah:
  1. FakeSMC.kext (Wajib). Link
  2. NullCPUPowerManagement.kext (Kerana tiada power management fixed). Link
  3. VoodooPS2Controller.kext (Untuk PS/2 keyboard atau Laptop). Link
  4. AppleACPIPS2Nub.kext (Untuk PS/2 keyboard atau Laptop). Link
Kext diatas adalah wajib bagi laptop saya. Kext adalah berbeza mengikut komputer masing-masing.
Untuk kext tambahan seperti "Ethernet", "Wifi Atheros AR9285" dan lain-lain anda boleh dapati di laman web www.osx86.net. Untuk penggunakan yang menggunakan Laptop seperti saya iaitu Compaq Presario CQ42-177TX. Anda boleh download kext yang saya gunakan disni.

Cara mudah untuk install kext ialah menggunakan Kext Utility dengan hanya "drag and drop" kext yang kita nak install ke dalam kotak Kext Utility. Kext Utility boleh didapati di www.osx86.net.


Setelah selesai dengan kext, saya cadangkan anda update OSX anda ke versi yang terkini. Cara untuk update anda boleh update mengunakan "Software Update" yang terdapat pada osx anda ataupun anda boleh download combo update 10.7.5 yang terdapat di laman web Apple. Gambar dibawah adalah versi 10.7.3 dan juga 10.7.4.
10.7.3
10.7.4

Untuk GPU fully QE/CI pada internal display iaitu screen laptop. Saya menggunakan Force EDID untuk ia berfungsi dengan baik. Cara nya terdapat di forum insanelymac. Untuk pengguna ATI Mobility Radeon HD5430 seperti saya, anda boleh dapatkan "DisplayProductID-717" yang telah dipatch oleh saya disini.
Sila buat backup dahulu pada fail original. Kemudian copy DisplayProductID-717 ke "/System/Library/Displays/Overrides/DisplayVendorID-756e6b6e/DisplayProductID-717".


Untuk penyelesaian masalah kepada cpus=1 pula, anda memerlukan mach_kernel with lapic fixed. Iaitu kernel yang telah diubah suai untuk membenarkan kita menggunakan ke-semua Core dan Thread pada CPU. Masalah ini telah dibincangkan di forum Voodooprojects. (Lupa mana thread tersebut). Dan oleh kerana ramai pengguna diluar sana yang kongsikan compiled version mach_kernel mereka. Jadi kita tidak perlu susah payah untuk meng-compile kernel sendiri. Anda boleh dapati di www.osx86.net. Ataupun menggunakan mach_kernel yang saya gunakan mengikut versi.
  1. mach_kernel versi 10.7 - Download
  2. mach_kernel versi 10.7.2 - Download
  3. mach_kernel versi 10.7.4 - Download
  4. mach_kernel versi 10.7.5 - Download
Link untuk 10.7.4 dan 10.7.5 adalah sama. Bermaksud anda boleh menggunakan kernel yang sama.
Cara untuk menggantikan mach_kernel yang sedia ada menggunakan Terminal.
  1. Buka Terminal. CMD+Space dan cari Terminal.
  2. Pastikan mach_kernel fixed yang didownload diletakkan di desktop.
  3. cd /
  4. ls -al mach*
  5. sudo mv mach_kernel mach_kernel.BACKUP
  6. sudo cp ~/Desktop/mach_kernel mach_kernel
  7. sudo chown root:wheel mach_kernel
  8. sudo chmod 644 mach_kernel
  9. ls -al mach*
  10. Dan pastikan terdapat 2 fail mach* iaitu "mach_kernel" dan juga "mach_kernel.BAKCUP"
-rw-r--r--@ 1 root  wheel  8118112 Nov 21 03:23 mach_kernel
-rw-r--r--@ 1 root  wheel  8118112 Nov 21 03:19 mach_kernel.BAKCUP

Setelah siap gantikan kernel yang lama dengan yang baru. Anda boleh restart laptop anda dan boot tanpa menggunakan cpus=1. Dan rasakan kelajuan berganda pada laptop anda.
Jadi itu saja cerita tentang hackintosh di laptop saya. Penulisan saya agak tunggang langgang untuk langkah demi langkah pemasangan hackintosh ni. Jadi anda boleh pilih langkah mana yang bersesuaian mengikut "priority". Selalunya selepas siap install, saya akan patch kernel dulu untuk membolehkan penggunaan CPU sepenuhnya. Jadi terpulang pada pengguna.

Yang paling penting, adalah usaha dan kesabaran. Jadi kalau ada ralat, kernel panic atau sebagainya. Diharap anda bersabar dan usaha cari jalan penyelesaian di internet. Banyak komuniti yang menyediakan perbincangan mengenai hackintosh. Anda digalakkan menyertai komuniti seperti ini supaya dapat lebih banyak pengetahuan berkaitan hackintosh. 

Sekian...

7 comments:

  1. dude,,
    you are awesome..
    I'm using the same laptop model and currently stuck with mt lion installation with crappy display together with boatloads of bootflags..
    going to try your method posted here..
    thanks a bunch

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm currently using latest ML 10.8.3.
      Drop comment here if you need anything.

      Delete
    2. Happen with me too, when it start to setup, the screen goes blank, i can't see any thing.

      Delete
  2. hi

    do you have tutorial for installing ML 10.8.3 on Compaq CQ42 ?

    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, im sorry there is no tutorial for ML 10.8.3 on this blog ) =
      Im still using same method above for installing 10.8.3.

      Delete
    2. I'm using ML 10.8, but when I update to 10.8.3 my wifi card do not work any more, do you use new kext for it?

      Delete
    3. Yeah, you can download it on osx86.net. Mine works fine on 10.8.5

      Delete