Sunday, March 24, 2013

QE/CI Hackintosh Mountain Lion 10.8.3 ATI 5430M

Dah lama tak update sejak menggunakan 10.8.2. Dan sekarang OSX ada kemaskini terbaru iaitu 10.8.3. Saya pun turut serta mengemaskini. Setelah di kemaskini ke versi paling terkini, perkara biasa yang berlaku pada hackintosh saya ialah Kernel Lapic tidak bersesuaian dengan bios. Iaitu kernel tidak boleh menggunakan keseluruhan core yang terdapat pada CPU saya dan hanya menggunakan 1 core. Bayangkan lah kalau dijalan raya kebiasaanya terdapat 4 lane memandu, tetapi hari ini hanya dibuka 1 lane. Tak ke sesak? ==" Jadi masalah ini boleh di selesaikan dengan memuat turun Kernel Lapic yang telah di patch oleh orang awam dari laman sesawang osx64.net. Oleh kerana ramai yang telah mengambil bahagian untuk menyumbang memajukan Kernel Patch tersebut. Saya tidak mengambil bahagian untuk mengetahui bagaimana ia di patch. Saya cuma muat-turun dan menggunakannya.

Seterusnya....