Panduan ini menerangkan bagaimana untuk menjana dan menggunakan sepasang kunci persendirian/awam (
private/public key) untuk log masuk ke
remote system dengan
SSH menggunakan
PuTTY.
PuTTY adalah klien SSH yang boleh digunakan untuk Windows dan Linux (selalunya ia digunakan pada sistem Windows). Menggunakan kunci berasaskan SSH
login, anda boleh melumpuhkan prosedur mamasukkan
username/password login yang bermaksud bahawa, hanya orang yang mempunyai sepasang kunci persendirian/awam yang sah sahaja boleh log masuk. Dengan cara itu, tidak ada cara untuk serangan
brute-force berjaya dilakukan, supaya sistem anda lebih selamat.
Key-Based SSH Logins With PuTTY [PART 4]
9. Melumpuhkan Username/Password Untuk Log Masuk
Sehingga kini, anda boleh log masuk dengan menggunakan sepasang kunci persendirian/awam dan masih dengan menggunakan username/password untuk log masuk, jadi jika seseorang tidak melampirkan kunci persendirian pada sesi PuTTY beliau, beliau akan diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan. Jadi untuk mencapai keselamatan yang lebih baik, kita mesti melumpuhkan cara log masuk menggunakan username/password (pastikan cara log masuk berasaskan kunci anda berjaya sebelum melumpuhkan cara log masuk menggunakan username/password, kerana jika cara log masuk berasaskan kunci tidak berfungsi dan anda telah melumpuhkan cara log masuk menggunakan username/password, anda akan menghadapi masalah).