Dah lama tak update sejak menggunakan 10.8.2. Dan sekarang OSX ada kemaskini terbaru iaitu 10.8.3. Saya pun turut serta mengemaskini. Setelah di kemaskini ke versi paling terkini, perkara biasa yang berlaku pada hackintosh saya ialah Kernel Lapic tidak bersesuaian dengan bios. Iaitu kernel tidak boleh menggunakan keseluruhan core yang terdapat pada CPU saya dan hanya menggunakan 1 core. Bayangkan lah kalau dijalan raya kebiasaanya terdapat 4 lane memandu, tetapi hari ini hanya dibuka 1 lane. Tak ke sesak? ==" Jadi masalah ini boleh di selesaikan dengan memuat turun Kernel Lapic yang telah di patch oleh orang awam dari laman sesawang osx64.net. Oleh kerana ramai yang telah mengambil bahagian untuk menyumbang memajukan Kernel Patch tersebut. Saya tidak mengambil bahagian untuk mengetahui bagaimana ia di patch. Saya cuma muat-turun dan menggunakannya.
Seterusnya....
Masalah seterusnya ialah Quartz Extreme dan Core Image (QE/CI) pada paparan saya tidak berfungsi! Resolution cantik menepati citarasa iaitu 1366x768 untuk paparan 14 inci. Cuma QE/CI tidak berfungsi dengan sempurna kerana terdapat beberapa kexts yang tidak dimuatkan apabila perisian dijalankan. Dengan menggunakan cara yang sama pada versi 10.8 sebelum ini, saya mengubah beberapa info pada kexts tersebut untuk membenarkan ia berfungsi dengan jayanya. (Maaf tak sempat muatkan dalam blog ni macam mana saya install Hackintosh versi 10.8).
MENGESAN MASALAH
Mengesan masalah dengan mengjalankan perintah kextstats | grep -i amd pada terminal:
amsama$ kextstat | grep -i amd 70 2 0xffffff7f80d87000 0x67000 0x67000 com.apple.kext.AMDSupport (8.1.0) <69 10 9 7 5 4 3 1> 71 0 0xffffff7f80dee000 0x1d3000 0x1d3000 com.apple.kext.AMD5000Controller (8.1.0) <70 69 10 9 5 4 3 1> 97 0 0xffffff7f814f5000 0x14000 0x14000 com.apple.kext.AMDFramebuffer (8.1.0) <70 69 10 9 7 5 4 3 1>
Didapati terdapat satu lagi kexts yang tidak berfungsi iaitu kexts "AMDRadeonAccelerator" kerana sepatutnya terdapat 4 kexts harus dijalankan untuk card ATI berfungsi pada Mac. Iaitu:
AMDxxxxController (kext untuk kontrol paparan) AMDSupport (kext yang bertanggungjawab untuk menyokong ATI dalam OSX) AMDRadeonAccelerator (kext untuk pecutan paparan(graphic acceleration)) AMDFramebuffer
CARA UNTUK BAGI IA BERFUNGSI
Pastikan device id dan vendor id pada kad paparan anda dulu dengan menggunakan aplikasi System Info ataupun lihat pada System Information.
Saya punya Device ID ialah 68E1 manakala Vendor ID ialah 1002.
Seterusnya pastikan GPU Family untuk kad paparan kita di wiki. Untuk saya punya Codename ialah : Cedar. Anda boleh pastikan codename untuk kad paparan anda di sini.
Ataupun anda boleh menggunakan senarai kad paparan yang disokong oleh Chameleon di sini.
Seterusnya, pergi pada /System/Library/Extensions/AMDRadeonAccelerator.kext/Contents dan buka Info.plist menggunakan text editor kesukaan anda.
Ubahsuai data di bawah GPU Family (saya punya Cedar) dan masukkan 0xDeviceIDVendorID Dibawah "IOPCIMatch":
<key>AMDCedarGraphicsAccelerator</key> <dict> <key>ATIEnableWideBlitSupport</key> <true/> <key>ATIUseTearingWideBlit</key> <false/> <key>CFBundleIdentifier</key> <string>com.apple.AMDRadeonAccelerator</string> <key>GpuDebugPolicy</key> <integer>0</integer> <key>IOClass</key> <string>AMDCedarGraphicsAccelerator</string> <key>IODVDBundleName</key> <string>AMDRadeonVADriver</string> <key>IOKitDebug</key> <integer>0</integer> <key>IOMatchCategory</key> <string>IOAccelerator</string> <key>IOPCIMatch</key> <string>0x68E11002</string> <key>IOProbeScore</key> <integer>200</integer> <key>IOProviderClass</key> <string>IOPCIDevice</string> <key>IOSourceVersion</key> <string>0.0.0.0.0</string> <key>IOVARendererID</key> <integer>16908288</integer> <key>sensor-properties</key> <array>
Setelah save dan close. Repair permission dan update cache:
sudo chown -R 0:0 [space] [drag the file to terminal] sudo chmod -R 755 [space] [drag the file to terminal] sudo touch /System/Library/Extensions
Seterusnya restart hackintosh anda, dan fully QE/CI. ( =
hi
ReplyDeletewhere do you get kext file for ATI Radeon 5430 ?
thanks
Hi, kext that i'm using already has in S/L/E folder.
DeleteWe just have to make sure that kext load properly when system booting.
Hi, do you need to connect to a VGA monitor to get the QE/CI working?
ReplyDeleteNope, im using my built in laptop screen.
DeleteI saw you forced edid your internal lcd. Can you tell me how to achieve that? I have the same graphic card as yours. Mine is HD5430 though. I'm frustated to get the QE/CI works. Also, if you don't mind can you send me your kext files? :D
DeleteAgain, sorry for late reply. I uploaded my kexts on mediafire. The link somewhere on this article http://www.amsama.my/2012/11/hackintosh-installing-lion-107-on_22.html . Im sorry >_<
DeleteNevermind :)
DeleteI managed to solve my problem by installing clover boot loader.
Thanks anyway..