Thursday, January 24, 2013

Cara Memasang SliTaz Pada VirtualBox [PART 4]





SliTaz adalah sebuah sistem operasi percuma yang menyediakan kelebihan untuk pengguna desktop atau pelayan dalam ukuran saiz sekecil 35MB.

Dalam mod Live SliTaz boleh dijalankan sepenuhnya dalam RAM dan boot dari media mudah alih seperti cdrom atau USB. Sistem ini adalah selamat, stabil dan mudah untuk digunakan. [maklumat lanjut]

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang SliTaz di www.slitaz.org/en/.



7. Troubleshoot
Untuk memastikan bahawa modul vbox beroperasi, buka terminal dan jalankan perintah:
lsmod | grep vbox



Proses seterusnya ialah toubleshoot paparan. Jalankan perintah tazhw detect-pci sebagai root untuk lihat senarai PCI yang ada pada SliTaz anda:
tazhw detect-pci



Seterusnya kalau anda punya paparan tak betul juga, setup balik tetapan untuk Xorg anda. Jalankan perintah tazx:
tazx

Pilih xorg dan enter pada OK.



Seterusnya pilih tetapan driver anda. Saya menggunakan vesa.



8. Install SUDO

Buka terminal sebagai root dan jalankan perintah:
tazpkg get-install sudo

Seterusnya gunakan arahan visudo untuk mengubah fail /etc/sudoers dan masukkan username anda.





Cukup setakat ini untuk tutorial pada entri ini. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh rujuk pada google ya.

Sekian.






No comments:

Post a Comment