Sunday, January 13, 2013

Key-Based SSH Logins With PuTTY [PART 1]



Panduan ini menerangkan bagaimana untuk menjana dan menggunakan sepasang kunci persendirian/awam (private/public key) untuk log masuk ke remote system dengan SSH menggunakan PuTTYPuTTY adalah klien SSH yang boleh digunakan untuk Windows dan Linux (selalunya ia digunakan pada sistem Windows). Menggunakan kunci berasaskan SSH login, anda boleh melumpuhkan prosedur mamasukkan username/password login yang bermaksud bahawa, hanya orang yang mempunyai sepasang kunci persendirian/awam yang sah sahaja boleh log masuk. Dengan cara itu, tidak ada cara untuk serangan brute-force berjaya dilakukan, supaya sistem anda lebih selamat.

Saya tidak mengeluarkan apa-apa jaminan jikalau sistem anda tetap boleh dicerobohi.

Key-Based SSH Logins With PuTTY [PART 1]

1. Nota Awal

Dalam tutorial ini saya menggunakan sistem Windows 7 untuk menyambung ke pelayan SSH Linux (Ubuntu Server, alamat IP: 192.168.25.3).

2. Pemasangan PuTTY, PuTTYgen, Dan Pageant Pada Sistem Windows

Pertama sekali kita perlu memasang PuTTYPuTTYgen, dan Pageant pada sistem Windows. Apa yang perlu kita lakukan ialah memuat turun fail exectuable (.exe) dan simpan aplikasi tersebut di satu tempat/folder, contohnya pada desktop. Kita tidak perlu untuk install aplikasi-aplikasi ini kerana aplikasi-aplikasi ini adalah aplikasi standalone. Untuk memulakan aplikasi ini, kita hanya perlu klik dua kali pada aplikasi tersebut.

Muat turun fail berikut dari halaman muat turun PuTTY dan simpan aplikasi ini pada sistem Windows anda, contohnya pada desktop:
  1. PuTTY - http://the.earth.li/~sgtatham/putty/latest/x86/putty.exe
  2. PuTTYgen - http://the.earth.li/~sgtatham/putty/latest/x86/puttygen.exe
  3. Pageant - http://the.earth.li/~sgtatham/putty/latest/x86/pageant.exe
Rajah 2: PuTTY, PuTTYgen dan Pageant

3. Mewujudkan Satu Profil Dengan Tetapan Untuk Pelayan saya 192.168.25.3

Dalam PuTTY, anda boleh membuat profil untuk sambungan kepada pelbagai pelayan SSH anda, jadi anda tidak perlu menukar tetapan apabila anda mahu menyambung kepada pelayan tertentu.

Mari buat profil untuk pelayan saya 192.168.25.3. Mulakan aplikasi PuTTY dengan mengklik dua kali pada PuTTY.exe. Anda sekarang berada dalam kategori Session (lihat tree di sebelah kiri Rajah 3.1). Masukkan 192.168.25.3 di bawah Host Name (or IP address), masukkan 22 di bawah Port dan pilih SSH bawah Connection type seperti Rajah 3.1: Tetapan PuTTY dibawah:

Rajah 3.1: Tetapan PuTTY

Kemudian pergi ke Connection -> Data dan isikan nama pengguna yang anda mahu untuk log masuk ke pelayan SSH anda di bawah Auto-login username seperti Rajah 3.2: Tetapan PuTTY Username dibawah. Dalam artikel ini saya menggunakan ubuntu:

Rajah 3.1: Tetapan PuTTY Username


Kemudian pergi ke Session semula. Di bahagian Saved Sessions masukkan nama untuk profil, contohnya ubuntu atau mana-mana nama lain yang membolehkan anda ingat yang pelayan profil. Kemudian klik pada Save:
Rajah 3.2: Tetapan PuTTY, Saved

Selepas ini jika anda menggunakan PuTTY, anda boleh memilih profil yang sesuai dari kotak Saved Sessions, klik pada Load dan kemudian Open.


No comments:

Post a Comment