Sunday, January 20, 2013

Cara Memasang SliTaz Pada VirtualBox [PART 2]





SliTaz adalah sebuah sistem operasi percuma yang menyediakan kelebihan untuk pengguna desktop atau pelayan dalam ukuran saiz sekecil 35MB.

Dalam mod Live SliTaz boleh dijalankan sepenuhnya dalam RAM dan boot dari media mudah alih seperti cdrom atau USB. Sistem ini adalah selamat, stabil dan mudah untuk digunakan. [maklumat lanjut]

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang SliTaz di www.slitaz.org/en/.



5. Memasang SliTaz Pada Hard Disk

Klik pada Applications di penjuru bawah sebelah kiri. Seterusnya System Tools -> GParted Partition Editor.



SliTaz meminta password untuk akaun root. Secara lalai password untuk root adalah root. Taipkan di ruangan password "root" kemudian tekan OK.



Tetingkap GParted akan keluar. Seterusnya klik pada Device -> Create Partition Table yang terdapat pada menubar GParted.



Tetingkap WARNING: This will ERASE ALL DATA on the ENTIRE DISK /dev/sda akan keluar, menyatakan yang anda akan kehilang segala data pada Hard disk. Klik Apply dan GParted akan membina MS-DOS partition table.

Seterusnya klik pada New. Tetingkap Create new Partition akan keluar. Masukkan butir-butir seperti gambar di bawah dan tekan Add:



Langkah seterusnya pula, klik Apply pada GParted, dan Apply lagi pada tetingkap Apply operations to device.

Pastikan All Operations successfully completed dengan jayanya.




Setelah selesai pada bahagian membina partition pada Hard disk, bahagian seterusnya ialah Install SliTaz pada partition Hard disk yang kita bina tadi. Klik pada Applications di penjuru bawah sebelah kiri. Seterusnya System Tools -> SliTaz Panel. 



Masukkan "root" pada ruangan Username dan Password.


Setalah klik OK, antaramuka depan TazPanel akan kelihatan. Klik pada Install SliTaz yang terdapat di menubar Tazpanel apabila cursor dihover ke menu Install.



Dibahagian TazPanel - Installerscroll kan kebawah hingga jumpa pautan Continue Installation. Klik pada Continue Installation.


Pada bahagian tetapan ini, anda boleh isi dengan butiran anda sendiri. Setelah selesai, klik pada Procees to SliTaz installation dan tunggu sehingga proses installation selesai. Contoh butiran saya:



Setelai selesai, anda boleh klik pada Installation complete. You can now restart (reboot). Selepas reboot, sistem operasi SliTaz anda tidak lagi  boot menggunakan ISO. Ini kerana sistem operasi SliTaz telah pun berjaya di install pada Hard disk VirtualBox anda. Tahniah.


No comments:

Post a Comment