Showing posts with label Website. Show all posts
Showing posts with label Website. Show all posts

Thursday, June 18, 2015

The Perfect Setup

Setup git, github & homebrew

Pengguna OSX, tak tahu nak guna apa untuk jadikan osx anda sebagai server? MAMP? XAMPP?
Anda boleh cuba Homebrew.

Jalankan arahan dibawah untuk memasang Homebrew:

ruby -e "$(curl -fsSL https://raw.githubusercontent.com/Homebrew/install/master/install)"



Dan pasang git dan wget menggunakan homebrew

brew install git
brew install wget

Anda sepatutnya akan dapat versi git yang terkini. Anda boleh lihat versi git dengan menjalankan arahan "git --version". Saya punya versi 2.4.4.

Sekarang anda boleh jalankan arahan "brew update" dan "brew upgrade" untuk memastikan supaya git dan lain lain perihal mendapatkan kemaskini terkini.

Masukkan email dan nama untuk menyimpan pengesahan akaun git anda:

git config --global user.name “Nama disini"
git config --global user.email “email_anda@example.com”
git config --global credential.helper osxkeychain

Jika anda mengalami masalah mengenai "git-credential-osxkeychain file does not exists" Reka ia, dan gantikan PATH/ dengan path anda:

sudo mv PATH/git-credential-osxkeychain “$(dirname $(which git))/git-credential-osxkeychain”

Monday, September 16, 2013

Paksaan "Like"

Pernah tak korang pergi ke sebuah blog atau laman web, lepas tu ada popup suruh kita like fan page facebook blog atau laman web tersebut? Ada yang set timing, pada sekian saat baru boleh tutup popup tersebut. Ada juga yang langsung tiada timing, button close pun tiada. Memang memaksa orang like fan pages mereka. Setelah like baru boleh baca kandungan blog atau laman web tersebut. Contohnya macam laman web bawah ni haaaa....


Aku rasa nak maki hamun je... Dah la kali pertama aku masuk, dah nak kena like? Ape benda engko taip dalam tu pun aku tak tahu lagi, macam mana aku nak like? Kalau orang yang takde facebook seperti aku macam mana?(padahal lupa password). Blog mereka, sukati mereka la kan nak buat apa. Tapi silake betei sampai nak paksa paksa orang like. Gggrrrr....

Saturday, January 19, 2013

Skrip Cengkerang PHP Yang Ringkas



Sila lihat pada permalink kalau tak faham tajuk entri ini. HAHAHA.

Thursday, January 17, 2013

Domain .MY PERCUMA!!



Asiahost berbesar hati ingin memaklumkan bahawa mereka telah menerima lanjutan dari progam yang mereka laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini Asiahost akan memberikan lagi 2000 kuata secara PERCUMA kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.

Monday, November 19, 2012

Lokasi Automated Enforcement System (AES) Di Malaysia



Automated Enforcement System atau AES untuk singkatan, ialah sistem berkamera yang di tubuhkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memantau lalu lintas jalan raya. AES ini di pasang sebanyak 831 unit dan lokasi yang mana 566 daripadanya ialah kamera pemantauan had laju(speeding) dan 256 unit kamera lagi di pasang pada lampu isyarat di seluruh Malaysia. YA! Iaitu Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk lebih lanjut mengenai AES anda boleh ke laman web www.jpj.gov.my/aes-system.