Showing posts with label Developer. Show all posts
Showing posts with label Developer. Show all posts

Friday, December 24, 2021

Networking Spike!

Dunia kini maju kehadapan dengan pelaksanaan industri 4.0 sejajar dengan kehidupan masa kini, dimana internet digunapakai dalam setiap inci, baik dirumah, sekolah, malah sangat rapat dengan kehidupan manusia, iaitu smartphone. INTERnational NETwork yang digelar INTERNET ni, tiadalah tercipta dengan sendirinya, melainkan mempunyai backbone, infra yang tidak kelihatan oleh mata kasar manusia dan ia nya adalah sambungan cable rangkai demi rangkai menjadikan ia rangkaian yang tidak putus, baik daripada kaca mahupun cooper.

Pada sesebuah organisasi atau syarikat, pasti memerlukan jaringan rangkai tersendiri atau dipanggil sebagai Private Network, boleh juga dikenalkan sebagai Local Area Network (LAN). Kesulitan atau kompleks sesebuah rangkaian itu dapat dikenalpasti dengan berapa besar nya sesebuah syarikat tersebut, dan semakin kompleks rangkaian dalaman tu, semakin sukar untuk di troubleshoot sekiranya mempunyai masalah yang berlaku, akan tapi jika didokumenkan secara betul, setiap nodes dilabel dengan kemas dan baik, ia akan dapat memudahkan kita dikemudian hari.

Salah satu tools terpenting juga adalah monitoring, dimana kita dapat monitor penggunaan bit received dan transfer setiap network port . Ia juga berguna untuk kita pastikan ketersediaan bandwidth dalam rangkaian kita mencukupi untuk kegunaan syarikat, malah kita dapat analisa pengunaan, dan memboleh kan kita dapat insight kehadapan, sama ada ia perlu dinaiktaraf ataupun remain untuk penggunaan semasa.

Thursday, June 18, 2015

The Perfect Setup

Setup git, github & homebrew

Pengguna OSX, tak tahu nak guna apa untuk jadikan osx anda sebagai server? MAMP? XAMPP?
Anda boleh cuba Homebrew.

Jalankan arahan dibawah untuk memasang Homebrew:

ruby -e "$(curl -fsSL https://raw.githubusercontent.com/Homebrew/install/master/install)"



Dan pasang git dan wget menggunakan homebrew

brew install git
brew install wget

Anda sepatutnya akan dapat versi git yang terkini. Anda boleh lihat versi git dengan menjalankan arahan "git --version". Saya punya versi 2.4.4.

Sekarang anda boleh jalankan arahan "brew update" dan "brew upgrade" untuk memastikan supaya git dan lain lain perihal mendapatkan kemaskini terkini.

Masukkan email dan nama untuk menyimpan pengesahan akaun git anda:

git config --global user.name “Nama disini"
git config --global user.email “email_anda@example.com”
git config --global credential.helper osxkeychain

Jika anda mengalami masalah mengenai "git-credential-osxkeychain file does not exists" Reka ia, dan gantikan PATH/ dengan path anda:

sudo mv PATH/git-credential-osxkeychain “$(dirname $(which git))/git-credential-osxkeychain”