Automated Enforcement System atau AES untuk singkatan, ialah sistem berkamera yang di tubuhkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memantau lalu lintas jalan raya. AES ini di pasang sebanyak 831 unit dan lokasi yang mana 566 daripadanya ialah kamera pemantauan had laju(speeding) dan 256 unit kamera lagi di pasang pada lampu isyarat di seluruh Malaysia. YA! Iaitu Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk lebih lanjut mengenai AES anda boleh ke laman web www.jpj.gov.my/aes-system.
Hari ini saya ingin kongsikan sebuah laman web untuk senarai lokasi kamera AES yang dibangunkan oleh "Rempah Ratus" berasaskan Google Maps untuk kita tinjau dan lihat kedudukan lokasi, koordinat, jenis kamera, dan had laju yang ditetapkan mengikut daerah. Supaya kita boleh ambil langkah berhati-hati ketika mengharungi kamera-kamera yang digeruni ini.
Di bawah menu JPJ terdapat "AES List". Anda boleh click disitu untuk melihat Senarai Kedudukan JPJ Automated Enforcement System (AES) berdasarkan lokai, no jalan, jenis kamera, had laju dan juga daerah seperti gambar dibawah.
Malahan anda juga boleh dapatkan fail berbentuk .KMZ untuk senarai kedudukan kamera yang telah dipasang dan juga yang akan dipasang untuk kegunaan offline TANPA INTERNET. Anda boleh buka fail tersebut dengan menggunakan Google Earth.
Untuk melayari laman web tersebut anda boleh pergi ke www.hotspot-db.com/jpjaes/whereami.html dan juga www.hotspot-db.com/jpjaes.html.
No comments:
Post a Comment