Facebook mengatakan orang awam tidak mempunyai hak untuk mengeksport alamat e-mel kenalan mereka. Melainkan anda mengeksport ke Yahoo! dan Microsoft. Kerana itulah kita tidak boleh untuk mengeksport alamat e-mel rakan-rakan di Facebook dengan sesuka hati melainkan menggunakan perkhidmatan Yahoo! atau Microsoft. Mungkin ini kesan daripada peperangan antara Facebook dan Google 2 tahun lepas. Masing-masing tidak membenarkan penggunaan servis ini antara satu sama lain kerana tidak mahu kehilangan pengguna(kemungkinan). Contohnya seperti Facebook akan ke Google dan sebaliknya pula Google beralih ke Facebook jika tedapat servis ini.
Mike Vernal, seorang jurutera Facebook, meninggalkan komen panjang pada TechCrunch menjelaskan mengapa Facebook tidak boleh membenarkan anda untuk mengambil alamat e-mel kawak-kawak anda ke perkhidmatan yang lain, seperti Google. Post daripada TechCrunch:
" Prinsip yang paling penting untuk Facebook adalah bahawa setiap orang ada hak memiliki dan mengawal maklumat masing-masing. Setiap orang memiliki senarai rakan-rakannya, TETAPI bukan maklumat kepada rakan-rakannya. Seseorang itu tidak mempunyai hak untuk mengeksport semua maklumat peribadi rakan-rakanya seperti alamat e-mel.
E-mel adalah berbeza daripada rangkaian sosial kerana dalam aplikasi e-mel, setiap orang mengekalkan dan memiliki buku alamat mereka sendiri, sedangkan dalam rangkaian sosial rakan-rakan anda mengekalkan maklumat mereka dan anda hanya mengekalkan senarai kawan-kawan. Kerana ini, kita fikir ia masuk akal untuk aplikasi e-mel mengeksport alamat e-mel manakala rangkaian sosial pula untuk mengeksport senarai teman sahaja dan bukannya alamat e-mel teman. "Melainkan Ia Yahoo!
Nota: Yahoo! hanya mengimport kenalan Facebook yang telah berkongsi alamat e-mel mereka dengan rakan-rakan sahaja. Bermakna bahawa fail CSV yang anda akan dapat hanyalah kawan yang telah berkongsi alamat e-mel mereka. Yang mana tidak kongsikan alamat e-mel mereka di Facebook, kita tidak dapat import.
Cara-Cara Untuk Mengeksport ke Yahoo!
- Pergi ke address.yahoo.com dan log masuk ke akaun anda. Kemudian click icon Facebook.
- Sekiranya anda telah log masuk ke Facebook, tiada popup akan keluar dan anda boleh teruskan langkah seterusnya. Jikalau anda belum log masuk ke Facebook, popup akan keluar dan anda dikehendaki untuk log masuk ke Facebook.
- Tekan button Okay la. (Duhh!)
- Tunggu sehingga Yahoo! selesai import data dari facebook.
- Click butang done, kemudian pergi ke View Option dan pilih Last Import.
- Thick semua atau pilih contact yang mana anda ingin eksport, pergi ke Tools dan pilih Export...
- Pilih la anda nak eksport file tu dalam bentuk apa. Selalunya orang eksport dalam bentuk CVS. Boleh buka di Microsoft Excel. Atau mengikut kegunaan anda.
Sekian....
No comments:
Post a Comment