Friday, December 24, 2021

Networking Spike!

Dunia kini maju kehadapan dengan pelaksanaan industri 4.0 sejajar dengan kehidupan masa kini, dimana internet digunapakai dalam setiap inci, baik dirumah, sekolah, malah sangat rapat dengan kehidupan manusia, iaitu smartphone. INTERnational NETwork yang digelar INTERNET ni, tiadalah tercipta dengan sendirinya, melainkan mempunyai backbone, infra yang tidak kelihatan oleh mata kasar manusia dan ia nya adalah sambungan cable rangkai demi rangkai menjadikan ia rangkaian yang tidak putus, baik daripada kaca mahupun cooper.

Pada sesebuah organisasi atau syarikat, pasti memerlukan jaringan rangkai tersendiri atau dipanggil sebagai Private Network, boleh juga dikenalkan sebagai Local Area Network (LAN). Kesulitan atau kompleks sesebuah rangkaian itu dapat dikenalpasti dengan berapa besar nya sesebuah syarikat tersebut, dan semakin kompleks rangkaian dalaman tu, semakin sukar untuk di troubleshoot sekiranya mempunyai masalah yang berlaku, akan tapi jika didokumenkan secara betul, setiap nodes dilabel dengan kemas dan baik, ia akan dapat memudahkan kita dikemudian hari.

Salah satu tools terpenting juga adalah monitoring, dimana kita dapat monitor penggunaan bit received dan transfer setiap network port . Ia juga berguna untuk kita pastikan ketersediaan bandwidth dalam rangkaian kita mencukupi untuk kegunaan syarikat, malah kita dapat analisa pengunaan, dan memboleh kan kita dapat insight kehadapan, sama ada ia perlu dinaiktaraf ataupun remain untuk penggunaan semasa.

Pernah berlaku satu ketika dimana pengunaan network tiba-tiba spike, ini boleh dikenalpasti dengan perhatikan graf pada pengunaan di network port


Berdasarkan graf tersebut, network spike telah berlaku sekian lama, tanpa disedari. Ini dapat mengurangkan bandwidth, malah merugikan resource dan kecemerlangan pengunaan network switch tersebut. Dan ia bukan hanya berlaku pada 1 network port, akan tapi ia berlaku pada setiap floor switch, dimana ia adalah penghubung antara floor ke floor yang lain. Jika syarikat mempunyai 10 floors, maka semua switch tersebut mengalami masalah yang sama.



Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?

Terdapat pelbagai tools yang ada di untuk kita analisa penggunaan network, antaranya adalah Wireshark dan tcpdump.

Yang pasti ia berlaku di setiap network port, maka pasti ada packet yang non-stop flooding network kita. Jadi saya gunakan tools tcpdump untuk kenalpasti punca, dan didapati ada sebuah camera controller yang menjalakan multicast packet tanpa hala tuju.

Dengan mematikan fungsi multicast pada controller tersebut, network bandwidth kembali pulih seperti sedia kala.

Pengunaan Bulanan, Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu dan Ahad

Akhir kata, monitoring tool adalah sangat penting, bukan sekadar kepada rangkaian, malah setiap devices yang berteknologi rangkaian perlulah dimonitor.

Sekian,

MKA.

No comments:

Post a Comment