Friday, December 24, 2021

Networking Spike!

Dunia kini maju kehadapan dengan pelaksanaan industri 4.0 sejajar dengan kehidupan masa kini, dimana internet digunapakai dalam setiap inci, baik dirumah, sekolah, malah sangat rapat dengan kehidupan manusia, iaitu smartphone. INTERnational NETwork yang digelar INTERNET ni, tiadalah tercipta dengan sendirinya, melainkan mempunyai backbone, infra yang tidak kelihatan oleh mata kasar manusia dan ia nya adalah sambungan cable rangkai demi rangkai menjadikan ia rangkaian yang tidak putus, baik daripada kaca mahupun cooper.

Pada sesebuah organisasi atau syarikat, pasti memerlukan jaringan rangkai tersendiri atau dipanggil sebagai Private Network, boleh juga dikenalkan sebagai Local Area Network (LAN). Kesulitan atau kompleks sesebuah rangkaian itu dapat dikenalpasti dengan berapa besar nya sesebuah syarikat tersebut, dan semakin kompleks rangkaian dalaman tu, semakin sukar untuk di troubleshoot sekiranya mempunyai masalah yang berlaku, akan tapi jika didokumenkan secara betul, setiap nodes dilabel dengan kemas dan baik, ia akan dapat memudahkan kita dikemudian hari.

Salah satu tools terpenting juga adalah monitoring, dimana kita dapat monitor penggunaan bit received dan transfer setiap network port . Ia juga berguna untuk kita pastikan ketersediaan bandwidth dalam rangkaian kita mencukupi untuk kegunaan syarikat, malah kita dapat analisa pengunaan, dan memboleh kan kita dapat insight kehadapan, sama ada ia perlu dinaiktaraf ataupun remain untuk penggunaan semasa.

Thursday, December 23, 2021

Reducing, Shrink LVM Size, VMWare to Physical (V2P)

 


Ada satu senario berlaku dimana 1 compute perlu dialihkan dari VMWare dan migrate ke fizikal server VMware to Physical (V2P). Masalah berlaku apabila fizikal storage space kurang daripada VMWare storage.

Fizikal = 250GB
VMWare = 500GB

df -hPT
Konfigurasi semasa, pada ROOT punya size adalah 450G, baru guna hanya 58G. Bermakna ada 392G lagi free space, akan tapi bila nak clone ke fizikal disk yang lebih kecil, tidak akan berjaya kerana ia allocated space keseluruhan 450G.

Solusi adalah dengan mengurangkan size pada LVM hingga mencukupi size storage fizikal.

Ringkasan apa yang akan dilakukan :-
  1. Oleh kerana Used hanya 58G maka kita akan buat satu backup img ke lokasi sementara.
  2. Delete LV Partition root.
  3. Kurangkan partition size menggunakan diskpart.
  4. Cipta semula PV Partition root.
  5. Restore kembali backup img yang kita buat tadi.

Wednesday, March 16, 2016

Cara Bina Sistem Keselamatan ICT (Firewall Dan DMZ) [PART 1]

Bina Sistem Keselamatan ICT Firewall DMZ Web Server
Dalam pengkomputeran, firewall adalah sistem keselamatan rangkaian yang memantau dan mengawal trafik rangkaian yang masuk dan keluar berdasarkan peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Biasanya firewall menubuhkan sebuah tembok di antara rangkaian dalaman dan rangkaian luaran, seperti Internet, yang di anggap sebagai rangkaian tidak selamat dan tidak dipercayai. Firewall dikategorikan kepada "Network Firewalls" atau "Host-based Firewall". Network firewall adalah perisian yang dijalankan menggunakan perkakasan komputer biasa yang membolehkan ia menapis antara dua atau lebih trafik rangkaian. Host-based firewall pula menyediakan lapisan perisian pada satu hos yang mengawal lalu lintas rangkaian dalam dan di luar sesebuah komputer/ server. Firewall juga menawarkan fungsi lain pada rangkaian dalaman, contoh nya sebagai DHCP atau VPN server untuk sesebuah rangkaian tersebut.

Saturday, June 27, 2015

Kemaskini Rooted Nexus 5 Tanpa Kehilangan Data

Update versi 5.1.1 OTA dah keluar tapi tak boleh install kerana stock rom dah di ubahsuai. (rooted)
Nak update tapi taknak kehilangan data. Jangan risau. Boleh cuba jutsu yang ada dibawah ni.

Anda Memerlukan:

  • PC/Notebook dengan ADB
  • STOCK FIRMWARE (Custom ROM tak boleh ye)
  • Bootloader telah di unlocked
  • Backup, backup, backup!

Thursday, June 18, 2015

The Perfect Setup

Setup git, github & homebrew

Pengguna OSX, tak tahu nak guna apa untuk jadikan osx anda sebagai server? MAMP? XAMPP?
Anda boleh cuba Homebrew.

Jalankan arahan dibawah untuk memasang Homebrew:

ruby -e "$(curl -fsSL https://raw.githubusercontent.com/Homebrew/install/master/install)"



Dan pasang git dan wget menggunakan homebrew

brew install git
brew install wget

Anda sepatutnya akan dapat versi git yang terkini. Anda boleh lihat versi git dengan menjalankan arahan "git --version". Saya punya versi 2.4.4.

Sekarang anda boleh jalankan arahan "brew update" dan "brew upgrade" untuk memastikan supaya git dan lain lain perihal mendapatkan kemaskini terkini.

Masukkan email dan nama untuk menyimpan pengesahan akaun git anda:

git config --global user.name “Nama disini"
git config --global user.email “email_anda@example.com”
git config --global credential.helper osxkeychain

Jika anda mengalami masalah mengenai "git-credential-osxkeychain file does not exists" Reka ia, dan gantikan PATH/ dengan path anda:

sudo mv PATH/git-credential-osxkeychain “$(dirname $(which git))/git-credential-osxkeychain”

Friday, June 13, 2014

Flash Bootloader / Radio Untuk Android (Nexus 4)


Anda mempunyai peranti Nexus 4? Tak boleh update ke Android versi 4.4.3 Over-the-air (OTA)?
Nak bertukar ke ROM lain yang berasaskan Android versi 4.4.3 wajiblah update bootloader dan juga radio peranti anda dahulu sekiranya anda masih menggunakan versi 4.4.3 KEBAWAH sahaja. Kalau dah update guna versi terkini iaitu 4.4.3, buat apa nak flash lagi bootloader dan radio ke versi yang sama. Ye dak?

Sunday, June 8, 2014

Pengenalan Raspberry Pi


Raspberry Pi adalah komputer. Ye, Raspberry Pi ini adalah komputer yang murah yang bersaiz kad kredit. Ia boleh memaparkan paparan sekiranya anda mencantumkan wayar ke skrin komputer ataupun TV dirumah anda. Ia juga boleh menggunakan mouse dan keyboard. Pi adalah alat yang mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat untuk pelbagai tujuan, terutamanya ialah untuk meneroka dunia pengkomputeran dan belajar bahasa pengaturcaraan seperti Scratch dan Python.

Sunday, April 20, 2014

Cara Memasang SliTaz GNU/Linux Pada VirtualBox




SliTaz adalah sebuah sistem operasi percuma yang menyediakan kelebihan untuk pengguna desktop atau pelayan dalam ukuran saiz sekecil 35MB.

Dalam mod Live SliTaz boleh dijalankan sepenuhnya dalam RAM dan boot dari media mudah alih seperti cdrom atau USB. Sistem ini adalah selamat, stabil dan mudah untuk digunakan. [maklumat lanjut]

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang SliTaz di www.slitaz.org/en/.

Monday, November 25, 2013

The Moment


Aku tak pernah pos pasal Ingress, sebab takut korang yang rajin sangat nak baca belog ni terpengaruh dengan permainan Ingress ni. Gentar korang tak boleh berhenti main permainan ni. Bimbang korang terjebak dalam dunia Ingress ni. Tapi kali ni nak pos juga. HAHA


Friday, November 15, 2013

Hackintosh Mavericks and QE/CI ATI 5430


Lama dah Mavericks keluar. Tapi tak berkesempatan nak update kat blog. Pasal sibuk je memanjang.
So far so good, Fully compatible pada Presario CQ42. Cuma ada masalah pada iMessage dan Sleep.
Yang lain lain seperti WiFi, Bluetooth, Internel LCD, FaceTime, iCloud semua berfungsi dengan sempurna....