Friday, December 24, 2021

Networking Spike!

Dunia kini maju kehadapan dengan pelaksanaan industri 4.0 sejajar dengan kehidupan masa kini, dimana internet digunapakai dalam setiap inci, baik dirumah, sekolah, malah sangat rapat dengan kehidupan manusia, iaitu smartphone. INTERnational NETwork yang digelar INTERNET ni, tiadalah tercipta dengan sendirinya, melainkan mempunyai backbone, infra yang tidak kelihatan oleh mata kasar manusia dan ia nya adalah sambungan cable rangkai demi rangkai menjadikan ia rangkaian yang tidak putus, baik daripada kaca mahupun cooper.

Pada sesebuah organisasi atau syarikat, pasti memerlukan jaringan rangkai tersendiri atau dipanggil sebagai Private Network, boleh juga dikenalkan sebagai Local Area Network (LAN). Kesulitan atau kompleks sesebuah rangkaian itu dapat dikenalpasti dengan berapa besar nya sesebuah syarikat tersebut, dan semakin kompleks rangkaian dalaman tu, semakin sukar untuk di troubleshoot sekiranya mempunyai masalah yang berlaku, akan tapi jika didokumenkan secara betul, setiap nodes dilabel dengan kemas dan baik, ia akan dapat memudahkan kita dikemudian hari.

Salah satu tools terpenting juga adalah monitoring, dimana kita dapat monitor penggunaan bit received dan transfer setiap network port . Ia juga berguna untuk kita pastikan ketersediaan bandwidth dalam rangkaian kita mencukupi untuk kegunaan syarikat, malah kita dapat analisa pengunaan, dan memboleh kan kita dapat insight kehadapan, sama ada ia perlu dinaiktaraf ataupun remain untuk penggunaan semasa.

Thursday, December 23, 2021

Reducing, Shrink LVM Size, VMWare to Physical (V2P)

 


Ada satu senario berlaku dimana 1 compute perlu dialihkan dari VMWare dan migrate ke fizikal server VMware to Physical (V2P). Masalah berlaku apabila fizikal storage space kurang daripada VMWare storage.

Fizikal = 250GB
VMWare = 500GB

df -hPT
Konfigurasi semasa, pada ROOT punya size adalah 450G, baru guna hanya 58G. Bermakna ada 392G lagi free space, akan tapi bila nak clone ke fizikal disk yang lebih kecil, tidak akan berjaya kerana ia allocated space keseluruhan 450G.

Solusi adalah dengan mengurangkan size pada LVM hingga mencukupi size storage fizikal.

Ringkasan apa yang akan dilakukan :-
  1. Oleh kerana Used hanya 58G maka kita akan buat satu backup img ke lokasi sementara.
  2. Delete LV Partition root.
  3. Kurangkan partition size menggunakan diskpart.
  4. Cipta semula PV Partition root.
  5. Restore kembali backup img yang kita buat tadi.